Saturday, 10 September 2011

MAKANAN INDIA

Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan India. Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ia diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari
dan bawang merah dicampurkan sekali. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.

                                             
     



 
NASI Daun  Pisang
Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama – sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadum. Selalunya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, dagingnya tidak dihidangkan. Kerana, nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang. Ia akan melepaskan lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

      








No comments:

Post a Comment